Tanam benang muka adalah prosedur di mana doktor memasukkanbenang perubatan yang larut di bawah kulit untuk mengangkat tisu yang kendur secara serta-merta — terutamanya di garis rahang, pipi dan kening. Selain kesan angkat fizikal, benang juga merangsang penghasilan kolagen di sekelilingnya, jadi kulit terus bertambah tegangdalam 2 hingga 3 bulan selepas prosedur. Hasilnya bertahan sekitar 1 hingga 2 tahun — tanpa pembedahan, tanpa bius penuh, dan dengan downtime hanya beberapa hari.
Jika anda mula perasan pipi melendut atau garis rahang tidak setegar dulu, berikut semua yang anda perlu tahu.
Benang yang digunakan diperbuat daripada bahan perubatan yang larut — keluarga bahan yang sama digunakan dalam jahitan pembedahan selama puluhan tahun. Dua mekanisme bekerja serentak:
|
Angkat mekanikal Benang berduri halus (cog) mencengkam tisu di bawah kulit dan menariknya ke kedudukan lebih tinggi. Inilahkesan yang anda nampak serta-merta di cermin |
Ransangan kolagen Apabila badan menyerap benang dalam beberapa bulan, kolagen baru terbina di sepanjang laluannya —seperti rangka sokongan semula jadi yang mengekalkan hasil lama lepas benang hilang |
Gabungan ini menjadikan tanam benang unik: hasil segera dan penambahbaikan beransur, dalam satu prosedur.
Tanam benang paling sesuai untuk kekenduran ringan hingga sederhana — biasanya dari pertengahan 30-an ke atas:
Ia kurang sesuai untuk kulit yang sangat nipis, kekenduran yang berat (pembedahan memberi hasil lebih bermakna), atau kulit yang sedang radang. Doktor yang baik akan menapis semua ini semasa konsultasi —dan memberitahu anda dengan jujur jika HIFU sahaja sudah memadai, atau jika belum perlu apa-apa lagi.
|
Konsultasi dan pemetaan Doktor menilai tahap kekenduran dan menentukan bilangan benang serta arah tarikan mengikut struktur wajah anda |
Bius setempat Ubat bius disuntik di titik masuk dan laluan benang. Anda berjaga sepanjang masa; bahagian ini sahaja yang kurang selesa, dan ia sekejap |
|
Pemasangan benang Menggunakan kanula halus, benang dimasukkan mengikut laluan yang dipetakan, kemudian ditarik perlahan untuk mengangkat. Anda akan rasa tekanan dan pergerakan, bukan sakit |
Pelarasan Doktor memeriksa simetri dan kemasan — dan andaterus nampak hasil awal |
Keseluruhan prosedur biasanya mengambil masa 45 hingga 90 minit. Anda pulang hari yang sama.
Jangkaan jujur untuk dua minggu pertama:
|
Hari 1–3 bengkak ringan, rasa tegang, mungkin lebam kecil di titik masuk. Rasa “tertarik” bila buka mulut luas adalah normal |
Hari 4–7 bengkak surut; kebanyakan orang kembali bekerja dalam beberapa hari |
|
Minggu 1–2 elakkan senaman berat, urutan muka, dan ekspresi wajah melampau; tidur telentang. Langkah ini melindungi benang semasa ia “berakar” |
Bulan 1–3 fasa kolagen — ketegangan dan kualiti kulit terusbertambah baik melepasi hasil awal |
Secara umum 12 hingga 24 bulan, bergantung kepada jenis benang, usia, kualiti kulit dan gaya hidup. Benang sendiri larut dalam beberapa bulan — struktur kolagen yang ditinggalkannya yang mengekalkan hasil.
Ramai pesakit mengulang prosedur apabila kesan mula berkurangan, atau mengekalkan hasil antara sesi dengan HIFU — kedua-dua rawatan saling melengkapi kerana bekerja pada mekanisme berbeza.
Di tangan doktor terlatih, tanam benang mempunyai rekod keselamatan yang baik. Namun prosedur sebenar ada risiko sebenar:
|
Biasa dan sementara bengkak, lebam, rasa tegang, lekukan kecil pada kulit yang biasanya hilang dalam beberapa hari hingga minggu |
Jarang benang terasa atau kelihatan (biasanya boleh dibetulkan), jangkitan di titik masuk |
Hampir semua risiko ini mengecil dengan ketara apabila prosedurdilakukan oleh doktor bertauliah LCP yang berpengalaman, kedalaman dan arah pemasangan adalah segala-galanya. Ini bukan prosedur untuk dipilih berdasarkan harga termurah.
1. Tanam benang sakit tak?
Suntikan bius terasa sengat seketika; prosedur selepas itu hanya tekanan dan pergerakan. Selepas prosedur, rasa sengal ringan beberapa hari.
2. Nampak natural ke?
Dengan pemasangan yang betul dan bilangan benang yang munasabah — ya. Matlamatnya wajah anda beberapa tahun lalu, bukan wajah orang lain. Hasil “tertarik” berlebihan adalah kesilapan teknik, bukan sifat rawatan.
3. Bila nampak hasil penuh?
Kesan angkat serta-merta pada hari pertama (sebahagian ditutup bengkak), hasil muktamar sekitar 2–3 bulan apabila kolagen terbina.
4. Tanam benang atau HIFU — mana lebih baik?
Berbeza fungsi: HIFU menegangkan beransur tanpa jarum; benang mengangkat serta-merta. Kekenduran ringan selalunya cukup dengan HIFU; yang lebih ketara mendapat manfaat daripada benang atau gabungan kedua-duanya.
Tanam benang muka menawarkan sesuatu yang unik: angkat segera tanpa pembedahan, ditambah “bonus” kolagen yang berterusan berbulan-bulan. Ia sesuai untuk kekenduran ringan hingga sederhana, menuntut dokter yang berpengalaman, dan bertahan cukup lama untuk berbaloi dilakukan dengan betul.
Ingin tahu sama ada tanam benang sesuai untuk wajah anda? Tempat Konsultasi di Westwood Clinic, PJ Midtown, Bangi, Hartamas, Rivertree atau Sunway Velocity. Doktor kami menilai dahulu, dan mencadangkan hanya apa yang anda perlukan.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit.